tapi ai rasa bila-bila pun kita bole buat azam kan? sebab nanti kita pun yg kena buat azam tu.. so..
sekarang dah azam baru la... :)
semalam ai would say was my bad day sepanjang ramadhan ni.. nak crita balik pun tak sanggup.. but cukup la setakat isytiharkan smalam sebagai hari yang paling tak indah..
berbalik kepada cerita azam tadi.. entah datang dari mana azam tu.. tapi tau2 dah pasang niat.. jadi teruskan aje la.. mintak pada Allah semoga terus kuat untuk teruskan azam tersebut.. Aminn...
selemah mana sekali pun ai harus ingat bahawa tiada sesiapa pun yang boleh bantu kita selain diri kita sendiri.. jangan berharap pada orang lain.. dulu masa ai ada boypren.. dah terbiasa ada orang yang akan ada selalu ada untuk tolong.. lama2 terbiasa.. tak bole jadi ni..
bila dah takde boypren? apa lagi mula la terkontang kanting.. sikit2 sebak bila rasa takde sapa pun nak tolong.. sikit2 kecik hati bila orang macam ignore kita.. padahal tak pun.. perasan je..
bila ada yang dah mula rapat2 nak kenal2 katanya.. cuba untuk tak terlalu berharap.. tapi lama2 terberharap pulak.. aishhh hati.. ko nih tak penah serik.. otak dah remind kan banyak kali.. jangan
sudahnya.. tak kemana pun.. jadi.. kecewa la lagi.. kalau sekali takpe la jugak.. ni dah berkali2.. tetap DEGIL!!
oleh itu, ai rasa buat masa ni sekali lagi ai tutup pintu.. pernah bukak sekejap tapi disia2kan.. jadi kita tutup balik la yee.. upgrade diri dulu mana yang patut.. buka bila perlu sahaja.. tapi Allah tu Maha Adil, Maha Penyayang.. mana tau.. ni ai kata ai tutup.. esok2 dia p bukak pulak kan..
tapi doa ai hanya satu.. kalau pun dibuka pintu tu biarlah yang buka tu orang yang betul2 layak.. dah tak larat dah nak bukak tutup, bukak tutup.. engsel kat pintu tu pun dah naik haus..
tak pernah menyesal.. tapi kita belajar.. mungkin disusahkan sekarang untuk kesenangan di masa nanti..
ramadhan pun dah nak sampai penghujung.. agak kecewa tak betul2 menghayati dan meluangkan masa yang banyak untuk NYA.. dugaan bertimpa-timpa.. tapi kesayangans sentiasa ada untuk menyokong.. terima kasih atas segalanya.. semuanya amat membantu.. terima kasih ya Allah kerana memberikan mereka untuk sentiasa ada di sisi ai.. dengan mereka sedar atau tanpa sedar.. *peluk ketatketat*
si kecik pun akan pulang tidak lama lagi.. sedih.. berjauhan lagi kami.. berdoa sangat andai kami dimurahkan rezeki dapat melawat si kecik lagi..
tempat orang bukan lah seindah yang disangka2.. secara jujurnya.. ketika beberapa hari di sana ai sangat rindukan tanah air.. terasa asing ya amat.. tapi berterima kasih atas peluang yang diberikan.. banyak ai belajar.. :)
raya menjelang tiba.. tahun ni tak semeriah mana persediannya.. serba sederhana.. ai apa pun untuk raya takde.. entah kenapa.. tahun ni berlainan sangat.. mungkin faktor usia kot.. takkan nak sakan macam dulu2..
Selamat Hari Raya Aidilfitri..
xoxo
No comments:
Post a Comment